Pengunjung

site counters
The internet is a major player in the insurance quotes industry. When you look for best car insurance tips
the Internet should be a good way to start. You can always borrow against your life insurance policy. my space counters

Friday, October 29, 2010

ROMBONGAN KE ZOO JOHOR & TIRAM WATER PARK

Tarikh : 28 Oktober 2010
Hari : Khamis
Tempat : Zoo Johor & Tiram Water Park

Seramai 22 orang murid pra sekolah, 5 orang ibu bapa & 3 orang guru pengiring telah menyertai rombongan ini. Rombongan bergerak seawal jam 8.00 pagi & pulang pada jam 4.00 ptg. 











Terima kasih kepada yang terlibat menjayakan rombongan ini.
Sekian, terima kasih. 

Monday, October 4, 2010

Karnival Pendidikan Pra Sekolah

Tarikh : 02 Oktober 2010
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Institut Latihan Perindustrian, Pasir Gudang

Aktiviti : 
1. Nyanyian Solo
2. Nyanyian Beramai-ramai dan Gerakan
3. Tarian Rampai Etnik Kreatif
4. Bercerita Bahasa Melayu
 5. Bercerita Bahasa Inggeris
 6. Sajak
 7. Blok Puzzle
 8. Mewarna
 9. Hafazan

Pencapaian : Saguhati Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Mewarna 

Friday, May 28, 2010

Mini Sukan Olahraga

Tarikh : 26 Mei 2010
Masa : 8.00 pg - 1.00 ptg
Tempat : Stadium Tan Sri Hasan Yunus, Johor Bahru

Aktiviti : Lari 50 m dan 80 m, 4 X 50 m, Lompat Jauh, Lompat Tinggi, Baling Bola Lisut

Pencapaian : Murid Prasekolah layak masuk ke peringkat akhir acara 80 meter Perempuan. 

Monday, January 4, 2010

PENGENALAN PRA SEKOLAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.




KONSEP PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

Merupakan satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaraan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangkamasa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun satu di sekolah formal.


MATLAMAT PENDIDIKAN PRA SEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.